Dah Tegok tuh jangan Lupe Jadi follower okay ;)

Friday, December 23, 2011

: kehidupan

Kehidupan dan kematian itu suatu lumrah hidup yang tidak mungkin dapat dipisahkan. Semua makhluk yang bernyawa baik manusia, haiwan, tumbuhan, jin, syaitan bahkan malaikat sekalipun pasti akan merasai mati. Tiada makhluk yang kekal, hanya Allah s.w.t bersifat baqa'. Namun tidak siapa yang mengetahui bila saatnya ajal yang datang di muka pintu. Hakikat kematian seringkali dilupakan oleh kebanyakan manusia disebabkan oleh nikmat dan kegembiraan hidup dunia yang fana ini. Hanya pabila maut menghampiri, barulah manusia akan sedar akan kebenaran yang sering dilupakan iaitu kematian.Benarlah apa yang dikatakan oleh Saiyidina Ali r.a bahawa manusia ini semuanya dalam keadaan tidur, mereka akan sedar ketika malaikat maut datang mencabut nyawanya. Ramai diantara kita lupa akan janji Allah s.w.t dalam firmanNya :"Setiap yang bernyawa akan merasai mati" (Al-Imran : 185)"Di mana pun kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu (apabila sampainya ajal) sekalipun kamu berada di dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh" (An-Nisa: 78)Wahai saudaraku, maut tidak pernah melupakan kita walau sesaat. Maut tidak pernah jauh dari kita bahkan semakin dekat, dan mendekat dari hari ke hari. Sekalipun ia hampir dengan kita, tidak pula ia memberi amaran dan peringatan bahawa nyawa berada di hujung usia. Tiada siapa yang akan tahu bila ajalnya tiba. Ada yang menemui ajal ketika sedang sujud kepada Allah, dan ada pula ketika sedang bermaksiat dan menderhakai Allah. Kerana itulah kita perlu berjaga-jaga setiap masa. Hiasilah diri dan minda agar mudah ingat kepada kematian supaya kita tidak lupa destinasi utama yang ingin dituju kelak.

No comments:

Post a Comment



hee , NM memang R.A.B.U.N ,, hee .. okay ken ?

hee , NM memang R.A.B.U.N ,, hee .. okay ken ?

DOMOKUN~ ituu EXBOYPRENG capital A bagi , tapi dhaa hilang :)

DOMOKUN~ ituu EXBOYPRENG capital A bagi , tapi dhaa hilang :)

yess..! time final exam ..! huuhh

yess..! time final exam ..! huuhh

budak comel(putri)

budak comel(putri)